Kakitangan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MBSJ dan Sunway Resort Hotel menyertai program pembersihan sampah dan pengumpulan barangan kitar semula di Sunway Resort Hotel pada 14 September. Foto Facebook MBSJ
PBTSELANGOR

Kakitangan MBSJ, Sunway Resort Hotel bergotong-royong, kutip lebih 190kg barang kita semula

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 14 SEPT: Sebanyak 191.1 kilogram barangan kitar semula dan 97.75 kilogram sampah dapat dikutip dalam program pembersihan di Sunway Resort Hotel, hari ini.

Program melibatkan seramai 103 peserta terdiri kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan hotel diadakan sempena Hari Pembersihan Sedunia.

“Tahniah kepada semua yang telah menyumbang ke arah bandar raya yang lebih bersih, ceria dan indah!” kata MBSJ menerusi Facebook.

Kakitangan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MBSJ turut menerima sijil penghargaan daripada pihak pengurusan hotel atas sumbangan tenaga dalam menjayakan program itu.

Pengarang :