Foto Arkib Selangorkini
AGENDAJENAYAH

Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di jeram bersama adik beradik

KLUANG, 2 SEPT: Kegembiraan empat beradik mandi di jeram Ulu Benut, Simpang Renggam, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Ahmad Ehsan Nor Hisyamuddin, 11, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata ketika kejadian mangsa sempat menjerit meminta tolong namun gagal diselamatkan, lapor Berita Harian.

“Siasatan awal mendapati kakak mangsa, Nor Najihah, 18, bersama tiga adiknya pergi ke jeram itu untuk berkelah dan lima minit selepas tiba, mangsa yang sedang mandi menjerit meminta tolong, namun tidak dapat diselamatkan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dua beradik lagi, Islah, 15; dan Ahmad Fahim, 8, selamat dalam kejadian itu.


Pengarang :