AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Kelahiran Rasulullah bawa petunjuk, panduan kepada seluruh umat

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kelahiran Rasulullah SAW membawa petunjuk dan merupakan sosok yang menjadi contoh, ikutan dan panduan seluruh umat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari dalam ucapan sempena Maulidur Rasul 1445H di Facebook turut berdoa supaya Allah menetapkan hati umat Islam dan menyuburkan cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

“Ya Allah kau teguhkan hati kami dalam agamaMu, tanam dan suburkan perasaan cinta dalam hati kami terhadap KekasihMu, Muhammad SAW.

“Semoga sunnah dan ajaran Baginda SAW terus menjadi ikutan dan sandaran kami hingga akhir zaman,” katanya.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri di sini hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dijangka berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.


Pengarang :