Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kota Kemuning, Bukit Antarabangsa antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 12 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan program peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari berlangsung di JMB Pangsapuri Andorra.

Jualan murah itu turut berada di Dewan Komuniti Taman Muda berhadapan pejabat ADUN Teratai (DUN Teratai) dan Dewan Orang Ramai Ampang Mewah (DUN Bukit Antarabangsa).

JER yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :