Keadaan dewan majlis perkahwinan yang terbakar menyebabkan lebih 100 orang maut dan 150 lagi cedera dalam kejadian pada 27 September 2023 di Nineveh, Iraq. Foto laman X NorthX
AGENDAGLOBAL

Lebih 100 maut, 500 cedera dewan majlis perkahwinan terbakar

 

ERBIL, IRAQ, 27 SEPT: Sekurang-kurangnya 100 orang maut, manakala lebih 500 lagi cedera dalam insiden kebakaran pada majlis perkahwinan di wilayah Nineveh di utara Iraq, lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

Insiden berlaku di Dewan Perkahwinan Al Haytham di daerah Al-Hamdaniya yang dihadiri 800 tetamu, lapor media tempatan, memetik timbalan pengarah Jabatan Kesihatan Mosul, Ahmed Hamdani.

Agensi Berita Iraq (INA) melaporkan bahawa kebakaran berpunca daripada bunga api, lilin dan bahan lain yang digunakan pada majlis berkenaan.

Pasukan bomba dan ambulans dari wilayah berhampiran dihantar ke lokasi kejadian.

Menteri Dalam Negeri Abdul Amir Al-Shammari turut menuju ke wilayah itu.

Kebakaran berlaku ketika pasangan pengantin sedang menari dan rakaman kejadian yang tular di media sosial, turut memaparkan orang ramai bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri.

– Agensi Bernama-Anadolu


Pengarang :