Sebahagian ahli yang hadir Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 1,000 hadir Sambutan Jubli Perak agenda reformasi

PETALING JAYA, 20 SEPT: Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor malam ini dihadiri lebih 1,000 ahli.

Berlangsung di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, majlis turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Bermula dengan persembahan lukisan kartun oleh kartunis majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi dan penceritaan mengenai perjuangan reformasi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Acara diteruskan dengan ucapan Setiausaha MPN Selangor Mohd Khairuddin Othman, Ketua AMK Selangor Mohd Izuan Ahmad Kasim dan Ketua Wanita KEADILAN Selangor Rozana Zainal Abidin.

Kemuncak acara adalah ucaptama Amirudin yang mengingatkan ahli bahawa malam ini bukan hanya untuk mengimbau sejarah atau masa lampau tetapi perlu membina rangka dan pelan masa depan bagi memastikan perjuangan reformasi kekal subur.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang, wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2023 dalam majlis tersebut.

Turut dipersembahkan pada majlis itu adalah rakaman ucapan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin, pelakon utama Anwar: The Untold Story, Farid Kamil dan isteri Diana Danielle.


Pengarang :