PETALING JAYA, 25 SEPT: Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Konsert Ceritera Rakyat sempena Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama 2023, malam tadi
Konsert berkenaan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Hattan, Ziana Zain, Ella, Awie dan Fredo Flybaits.
Terdahulu, pengunjung turut menyaksikan persembahan kebudayaan dari 12 negara iaitu Malaysia, China, India, Indonesia, Jepun, Thailand , Iran, Filipina, Sri Lanka, Singapura, Timor Leste dan Lithuania.
Majlis penutup festival tersebut disempurnakan EXCO Pembangunan Wanita Selangor Anfaal Saari.
MBPJ mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bagi penganjuran festival bertemakan ‘Menghayati Budaya dan Warisan’ bermula 21 hingga 26 September ini.
Program diisi dengan beberapa aktiviti menarik antaranya persembahan kebudayaan antarabangsa, seminar kerjaya seni, Persidangan Seni Antarabangsa PJ 2023.





