Rombongan anak asnaf yang berangkat ke universiti di Mesir dan Jordan ketika pelepasan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 September 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih RM38 juta dibelanja bantu pendidikan 67,788 anak asnaf

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SHAH ALAM, 1 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan sebanyak RM38.3 juta kepada 67,788 penerima bagi keperluan pendidikan dan yuran tahun ini.

LZS memaklumkan bantuan itu bertujuan menambah semangat dalam menuntut ilmu penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin serta mualaf meliputi bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan.

“Kesedaran untuk mengubah kehidupan yang lebih baik bermula dengan pendidikan.

“Terima kasih warga Selangor yang membayar zakat kerana anda telah memberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik,” katanya di Facebook.

LSZ memaklumkan bantuan wang tunai boleh disalur melalui http://fpx.zakatselangor.com.my untuk diagih kepada golongan memerlukan.

Sejumlah hampir RM480 juta zakat telah diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor.

Ia termasuk agihan bantuan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan kecemasan dan sebagainya.


Pengarang :