AGENSISELANGOR

Liga Sukan Uniti Bola Jaring peringkat negeri tawar hadiah RM3,000

SHAH ALAM, 5 SEPT: Warga Selangor dijemput untuk menyertai Kejohanan Liga Sukan Uniti Bola Jaring peringkat negeri Selangor pada 16 September bagi merebut hadiah wang tunai RM3,000.

Persatuan Bola Jaring Negeri Selangor memaklumkan pasukan juara layak mewakili negeri bertanding di peringkat kebangsaan sekali gus berpeluang merebut hadiah wang tunai RM10,000.

“Kejohanan ini dipertandingkan pada 16 September di Stadium Panasonic, Shah Alam untuk mencari juara yang bakal mewakili negeri di peringkat kebangsaan,” katanya di Facebook.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan berlangsung secara berperingkat bermula di Perlis hingga Johor sejak 2 hingga 16 September.

Pasukan yang berminat menyertai kejohanan boleh mendapatkan borang permohonan dan peraturan dengan mengimbas kod QR di poster.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan kejohanan, orang ramai boleh menghubungi 019-969 8856 (Adnin), 011-6104 0412 (Zulaiha) atau emel [email protected]

 

 


Pengarang :