Pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) antara yang terangkum dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Foto laman web klia2.info
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Hasrat Putrajaya kukuh pengangkutan awam selari RS-1

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kerajaan Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik hasrat Putrajaya untuk mengukuhkan pengangkutan awam di negeri itu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dato’ Menteri Besar berkata penambahbaikan meliputi transit aliran bas (BRT), pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang dan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, langkah itu juga bertepatan dengan usaha negeri yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), yang dibentang Julai tahun lalu.

“Kerajaan Negeri percaya keterangkuman logistik mampu melonjakkan ekonomi negeri ini yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata pembangunan semula LTSAAS penting untuk menarik pelaburan di Selangor khususnya bagi sektor aeroangkasa dan penerbangan.

Pada 11 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat bertemakan Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi.

Kajian meliputi tiga tumpuan utama iaitu memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.

 


Pengarang :