Dato’ Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Negeri Sungai Tua pada mesyuarat pertama (angkat sumpah) persidangan penggal pertama Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 19 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ketuai istiadat angkat sumpah ADN Selangor

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD dan ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 19 SEPT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengetuai istiadat angkat sumpah Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi penggal ini di Bangunan Annex, hari ini.

Istiadat disempurnakan di hadapan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang baharu Lau Weng San pada mesyuarat pertama (angkat sumpah) persidangan penggal pertama DNS ke-15.

Wakil rakyat Sungai Tua itu kemudian menandatangani surat sumpah jawatan diikuti angkat sumpah jawatan oleh 33 wakil rakyat dari blok kerajaan sebelum 22 ADN pembangkang.

Sementara itu, Weng San turut memasyhurkan wakil rakyat Hulu Kelang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ketua pembangkang.

Pada pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) Selangor membatuk kerajaan apabila menang 34 daripada keseluruhan 56 kerusi.

Amirudin menjelaskan keputusan tersebut mendekati dua pertiga majoriti jika menang empat lagi kerusi yang tewas dengan majoriti tipis.

 


Pengarang :