Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual

KUALA LANGAT, 2 SEPT: Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar berjalan mengikut jadual.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan beberapa perkara sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insyaallah saya akan umumkan dalam masa terdekat. Kita sedang memuktamadkan (beberapa perkara) seperti bila nak mula dan sebagainya.

“Kita baru selesai mesyuarat dan ada beberapa langkah-langkah susulan yang harus dibuat. Tahun ini akan bermula paling tidak untuk operasi perobohan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor 2023 di Gamuda Cove Central Park di sini, hari ini yang disertai 11,000 peserta.

Kanak-kanak turut serta dalam pertandingan Korfball ketika majlis perasmian Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Program itu melibatkan pelbagai aktiviti seperti fun walk, larian lima kilometer, trail ride, senamrobik, cabaran lompat tali selain 14 aktiviti kecergasan berbentuk pertandingan.

Sebelum ini, Amirudin berkata projek pembangunan KSSA akan bermula pada Oktober ini.

Pembangunan semula KSSA dibuat berikutan kos baik pulih dianggar menelan belanja RM787 juta. Sebanyak RM56 juta digunakan bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan antara 2013 hingga 2022.


Pengarang :