Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis pelancaran Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX23) dan Selangor Accelerator Programme (SAP) 2023 di Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Perluas peluang pelaburan, sedia gaji progresif dalam pasaran kerja

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Selangor akan memperluas peluang perniagaan dan pelaburan dalam tempoh lima akan datang bagi memperkukuhkan status sebagai negeri termaju.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bagi merealisasikan matlamat menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji progresif serta kehidupan lebih kondusif kepada rakyat

“Sebaik saya memasuki pejabat sebagai Menteri Besar selepas dilantik baru-baru ini, saya katakan kepada penjawat awam, kita tidak boleh selesa lagi untuk lima tahun akan datang.

“Kita tidak boleh sekadar duduk diam sahaja dan berpuas hati, hanya kerana Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Kita perlu terus bekerja kuat untuk kehidupan lebih kondusif kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Selangor E-Commerce Xccelarator 2023 (ECX23) dan program Pemecut Selangor (SAP23) edisi 2023 bagi kohort keenam di Menara Affin di sini, hari ini.

Amirudin menambah, penganjuran program anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berada di landasan tepat bagi memacu Selangor dalam ekonomi digital.

“Itulah sebabnya acara seperti yang kita sertai hari ini adalah sangat penting dalam mempercepatkan lagi sasaran kita ke arah masyarakat maju dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Program ECX23 yang julung kali dianjur merupakan kesinambungan Malaysia Top e-Commerce Merchant Awards (Top ECM) dengan melibatkan penyertaan 30 syarikat tempatan yang dipilih menerusi piawaian ketat.

Ia menawarkan program perintis khusus kepada usahawan melalui siri bengkel intensif dan latihan pembentangan (pitching), selain peluang pembiayaan, pembinaan rangkaian serta bimbingan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dudk, tengah) ketika majlis pelancaran Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX23) dan Selangor Accelerator Programme (SAP) 2023 di Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :