Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pada 22 September 2023. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB solat Jumaat di Masjid At-Taqwa Selayang Baru, sertai selawat sempena Maulidur Rasul

GOMBAK, 22 SEPT: Dato’ Menteri Besar menyertai ratusan jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru di sini hari ini.

Ketibaan Dato’ Seri Amirudin Shari kira-kira jam 1.15 tengah hari disambut pengurusan masjid dan jemaah.

Beliau kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Rasulullah SAW: Antara Lisan dan Tindakan’ sebelum mengerjakan ibadah itu.

Pengisian khutbah mengajak umat Islam supaya menghindari sikap, perbuatan dan kata-kata yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Khatib juga mengingatkan bahawa umat Islam yang meninggalkan ajaran Baginda akan ditimpa fitnah di dunia dan diazab di akhirat.

Selepas solat, wakil rakyat Sungai Tua turut berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul selain bersalaman dengan jemaah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berselawat bersama jemaah sempena Maulidur Rasul selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pada 22 September 2023. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI

Pengarang :