Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA pelawa sertai undian restoran pilihan, menangi cabutan bertuah

SHAH ALAM, 9 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa warga bandaraya ini menyertai undian restoran pilihan dan rebut peluang memenangi cabutan bertuah terkumpul berjumlah RM1,000.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kempen kaji selidik Suara Shah Alam itu bagi mendapatkan maklumat mengenai kebersihan premis dan keselamatan makanan restoran yang menjadi piilhan ramai.

“Sertai kempen kaji selidik Suara Shah Alam dan undi restoran pilihan anda untuk peluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM 100 bagi 10 pemenang bertuah.

“Untuk mengundi klik pautan https://bit.ly/SSApopularvsbersih,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut MBSA kempen yang dilaksanakan sejak 15 Ogos hingga 16 September itu antara lain bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan keselesaan warga Shah Alam.

“Restoran yang telah dipilih adalah berdasarkan kepada kriteria dan pematuhan syarat daripada MBSA,” katanya.


Pengarang :