Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di perkarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Meru, Sabak dan Tanjung Sepat lokasi program jualan murah esok

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 6 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan ke tiga lagi lokasi esok dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga murah bermula jam 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di pekarangan parkir Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat, Pangsapuri Aman Perdana, Meru dan pekarangan Surau Haji Dahlan, Parit 11 Barat, Sabak.

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS

 


Pengarang :