SHAH ALAM, 25 SEPT: Teras strategik ‘peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial’ yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diyakini membantu meningkatkan skor indeks kesejahteraan keluarga (IKK) negeri ini kepada 8.0 menjelang 2025.
EXCO kebajikan masyarakat berkata program dan inisiatif yang bakal dirangka mampu memperbaiki pencapaian kesejahteraan keluarga negeri ini dengan lebih baik pada masa depan.

“Kerajaan Negeri menyedari peri pentingnya pengukuhan institusi keluarga, maka RS-1 meletakkan teras strategik itu bagi mencapai sasaran skala 8.0 daripada 10 menjelang 2025,” katanya kepada Selangorkini.
Berdasarkan laporan IKK pada 2019, beliau memaklumkan Selangor menduduki tangga ke-13 daripada 17 negeri termasuk tiga Wilayah Persekutuan dengan skor 7.68.
Jelas Anfaal, isu utama menjejaskan skor indeks itu berikutan ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa dan perhatian terhadap anak selain masalah kewangan serta wang simpanan tidak cukup.
“Selain itu, masyarakat kita kini juga menghadapi masalah ‘generasi sandwich’ iaitu generasi yang menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang merupakan warga emas dan juga anak-anak.
“Keadaan ini memberi impak kepada kesihatan mental, kualiti hidup serta kesejahteraan keluarga,” katanya lagi.