Pemilik Restoran Abam Satay Mohd Fazrin Izwan membakar sate yang ditempah oleh pelanggan di restorannya di Setia Alam, Shah Alam pada 17 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pelbagai laksa, sate di festival makanan Bangi 16 September ini

SHAH ALAM, 1 SEPT: Penduduk sekitar parlimen Bangi berpeluang merasai pelbagai jenis laksa dan sate dalam Festival Piknik Laksate Bangi 16 September ini.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata program anjuran Pusat Khidmat Rakyat parlimen itu bakal berlangsung di Dataran Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi bermula 2 petang hingga 7 malam.

“Ia adalah festival makanan khas untuk memperkenalkan pelbagai jenis laksa dan sate dari semua negeri di Malaysia kepada penduduk sekitar parlimen Bangi.

“Oleh itu peniaga kecil dan sederhana yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar, tiada yuran sewaan tapak dikenakan dan khemah jualan disediakan,” katanya di Facebook.

Syahredzan berkata festival ini bertujuan mempromosi peniaga baharu atau lama yang menjual pelbagai jenis laksa dan sate dalam kawasan Parlimen Bangi.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/LaksateBangiP102 dan vendor berdaftar akan dihubungi.

Sebarang maklumat lanjut hubungi talian 03-8740 1108 atau 018-579 0102 (WhatsApp).


Pengarang :