AGENDANASIONAL

Pemandu cedera parah lori kontena terjunam dalam gaung

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seorang lelaki cedera parah selepas lori kontena dipandunya terjunam dalam gaung lima meter di Lebuhraya Lembah Klang Selatan Plaza Tol Pulau Indah, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.41 pagi, mangsa sekitar 50-an memandu menghala ke Pulau Indah sebelum lori yang membawa muatan minyak masak terbabas dan terjunam, lapor Sinar Harian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, pihaknya mendapat maklumat daripada peronda lebuh raya dengan mangsa dipercayai keluar sendiri daripada kenderaan itu.

“Mangsa mengalami cedera parah, namun masih berada dalam keadaan sedar,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut.


Pengarang :