Sebuah treler terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol Lebuhraya Guthrie menyebabkan pemandunya parah dalam kejadian 12 September 2023. Foto Ihsan JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Pemandu parah, treler dipandu terbabas di Lebuhraya Guthrie

SHAH ALAM, 12 SEPT: Pemandu treler parah selepas kenderaan dipandu terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol Lebuhraya Guthrie hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.42 petang.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama dua jentera bergegas ke lokasi.

“Pasukan ini tiba di lokasi jam 5.52 petang dan kemalangan melibatkan treler jenis Scania yang membawa muatan kontena terbabas di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata pemandu treler berusia 39 tahun itu dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba dan mangsa yang parah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.


Pengarang :