Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sempena pameran awam pembangunan semula KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada 10 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ikut jadual, jangka siap 2026

SHAH ALAM, 30 SEPT: Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang 2026.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya kini masih menunggu kebenaran merancang (KM) untuk memulakan projek berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Selangor Property Expo Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di I-City Mall, Shah Alam pada 30 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya tengah tunggu KM (kebenaran merancang). Pasti (projek) akan mula tahun ini. Kalau tidak awal Oktober (mungkin) akhir Oktober. Atau mungkin awal November. Itu sasaran kita.

“Tahun ini akan mulakan perobohan dan 2026 akan siap,” katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 di Central i-City di sini, hari ini.

Orang ramai melihat papan informasi pembangunan
Kompleks Sukan Shah Alam di pusat beli belah SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pembangunan semula KSSA dibuat berikutan kos baik pulih dianggar menelan belanja RM787 juta. Sebanyak RM56 juta digunakan bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan antara 2013 hingga 2022.

KSSA bakal meliputi pelbagai kemudahan untuk orang awam berekreasi selain mengadakan kegiatan komersial antaranya 40 peratus kawasan rekreasi awam dan 60 peratus untuk sukan termasuk gelanggang ‘indoor’, dewan serba guna, hotel, masjid, ruang acara dan ruang jualan.

Pembinaannya mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu kekerapan banjir selain stadium bertaraf antarabangsa, kapasiti 35,000 ke 45,000 penonton dan boleh berfungsi serta mengendali pelbagai acara termasuk konsert.

Model pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :