Peserta pertandingan karom Majlis Perbandaran Klang (MPK) ketika melawan wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Kejohanan Sukan Badan Berkanun Malaysia 2023 pada 8 September 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Pertandingan karom MBSJ tawar wang tunai lebih RM4,000

SHAH ALAM, 19 SEPT: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan karom anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena sambutan ulang tahun ketiganya pada 21 Oktober depan.

Pertandingan berlangsung di Dewan Serbaguna MBSJ USJ 7, Subang Jaya bermula jam 9 pagi hingga 9 malam menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4,000

Johan membawa pulang wang tunai RM1,500 diikuti naib johan (RM800), ketiga dan keempat (RM400). Manakala tempat kelima hingga kelapan (RM150) dan kesembilan sehingga ke-16 (RM50).

Penyertaan dengan yuran penyertaan RM40 adalah terhad kepada 128 regu terawal yang membuat pendaftaran dan bayaran sahaja.

Tarikh tutup penyertaan pada 17 Oktober dan sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia Mohd Nor Affandi (03-8026 4382) atau Anuar Ismail (011-6187 6310).


Pengarang :