EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tengah) bersama wakil dari rumah kebajikan pada program Sinergi Prihatin: Cubaan memecahkan rekod “Most Participants In Welfare Home First Aid Demostration” dalam Malaysia Book Of Record di Dewan Jubli Perak bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Peruntuk RM50,000 latih penghuni rumah kebajikan berdepan situasi cemas

SHAH ALAM, 28 SEPT: Sejumlah RM50,000 dibelanjakan untuk program sinergi prihatin bagi menjamin keselamatan penghuni di 17 rumah kebajikan terpilih.

EXCO kebajikan masyarakat berkata menerusi program demontrasi pertolongan cemas, seramai 445 peserta terlibat sekali gus merupakan percubaan mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR).

Jelas Anfaal Saari, program yang diperkenalkan tahun lalu mendedahkan ilmu pengetahuan berkaitan bantuan kecemasan kepada petugas dan penghuninya.

EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tiga, kanan) menerima sijil Malaysia Book Of Record (MBOR) daripada Pegawai MBOR (empat, kiri) pada Program Sinergi Prihatin: Cubaan memecahkan rekod “Most Participants In Welfare Home First Aid Demostration” di dalam MBOR di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 27 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saban hari pusat ini mengurus penghuni yang ramai, jadi aspek keselamatan seperti pertolongan cemas penting untuk pastikan mereka bersiap sedia dengan sebarang kejadian.

“Demontrasi dan perkongsian di lapangan sangat penting kerana memberi gambaran sebenar. Mereka didedahkan latihan kebakaran, penggunaan pemadam api dan langkah mengosongkan lokasi jika berlaku kecemasan,” katanya merasmikan majlis.

Anfaal berkata kerjasama dengan beberapa pihak antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kumpulan Kids Campus itu bakal menjadi pemangkin bagi menyokong operasi rumah kebajikan.


Pengarang :