AGENSISELANGOR

PKPS tawar jualan benih pisang Cavendish kepada orang ramai

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 15 SEPT: Orang ramai boleh membeli benih pisang Cavendish keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Agensi berkenaan memaklumkan benih bermutu tinggi itu boleh didapati Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.

“Saiz pisang Cavendish lebih besar berbanding pisang berangan dan berat purata setandan mencecah lebih 20 kg.

“Rasa isinya manis dan buahnya berwarna kuning terang selain pertumbuhan yang seragam,” menurut PKPS di Facebook.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi PKPS di talian 012-302 7916.


Pengarang :