PBTSELANGOR

Sebahagian jalan ditutup sempena hari tanpa kenderaan 10 September

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023 di Dataran Kemerdekaan pada 10 September.

Jalan terlibat ialah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Berikutan itu, ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan dalam tempoh tersebut untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

“Pihak Majlis juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program tersebut dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti senamrobik dan jualan makanan.

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :