EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bergambar bersama kakitangan Tourism Selangor pada program sesi bertemu media dan townhall kakitangan agensi berkenaan di Pejabat Tourism Selangor Bangunan Darul Ehsan pada 22 September 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor antara tiga negeri teratas tumpuan pelancong domestik

SHAH ALAM, 22 SEPT: Selangor merekodkan antara tiga negeri teratas bagi jumlah kemasukan pelancong domestik tertinggi di Malaysia dengan 6.4 juta pelancong ke negeri ini tahun lalu.

EXCO Pelancongan Ng Suee Lim berkata sehingga suku kedua tahun ini atau setakat Jun, Selangor merekodkan 2.9 juta pelancong domestik.

“Selangor menyumbang peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbanyak bagi 2022 iaitu RM40.9 bilion dengan 26.5 peratus adalah dari sektor perkhidmatan melibatkan industri pelancongan.

“Susulan kejayaan ini dan rekod perkembangan positif, saya akan terus komited untuk melakar lagi sejarah baharu dalam industri pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program sesi bertemu media dan townhall kakitangan Tourism Selangor bersama EXCO Pelancongan di Bangunan Darul Ehsan di sini hari ini.

Suee Lim yang juga Ahli Dewan Negeri Sekinchan berkata pihaknya menyasarkan kehadiran lima juta pelancong luar negara ke Selangor menjelang Disember ini.

“Setakat ini saya difahamkan kira-kira empat juta pelancong luar negara mengunjungi Selangor dan kita yakin sasaran lima juta mampu dicapai menjelang hujung tahun ini,” katanya.


Pengarang :