Bacaan IPU di Shah Alam menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini. Foto laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
AGENDANASIONAL

Shah Alam catat bacaan IPU tidak sihat setakat 3 petang

SHAH ALAM, 5 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Shah Alam dan dua kawasan di Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Shah Alam adalah 146, Serian (153) dan Kuching, Sarawak (152).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :