Pekerja pembersihan membersihkan kawasan rumah selepas sebatang pokok menghempap kereta dan bumbung rumah di Jalan Nuri 7/19C, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 7 September 2023. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

Skuad pantas MBPJ potong pokok hempap kereta, bumbung rumah

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Skuad Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melakukan kerja pemotongan dan pengalihan pokok yang menghempap sebuah kereta serta bumbung rumah di Jalan Nuri 7/19C, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Tujuh petugas Skuad Pantas dikerahkan ke lokasi sebaik menerima aduan jam 4.15 petang berkenaan pokok besar menghempap kereta Honda City dan bumbung kediaman.

 

Bumbung sebuah rumah dan kereta Honda City yang diparkir di Jalan Nuri 7/19C, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dihempap pokok dalam kejadian 7 September 2023. Foto Facebook MBPJ

Kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat insiden.

Sebaik kerja pemotongan selesai, ia diserahkan kepada pihak pembersihan untuk tindakan lanjut.


Pengarang :