AGENDANASIONAL

Suami isteri ditahan tendang, cederakan anak guna senduk kayu

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sehingga cedera pada bahagian badan.

Ketua polis daerah Jempol berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit didera sejak Mac lalu sehingga mangsa bertindak melarikan diri dari rumah, lapor Berita Harian.

Menurut Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa dipercayai dipukul bapa kandung berusia 27 tahun bersama ibu tirinya, 31, dengan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu.

“Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh badan mangsa,” katanya yang menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 2.30 petang semalam.

Chang Hook berkata mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah bagi rawatan lanjut dan disahkan mengalami pelbagai kecederaan pada badan.

Katanya, kedua-dua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Pengarang :