Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sungai Tua, Bandar Baru Klang, Sekinchan lokasi jualan murah esok

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 6 SEPT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) ke tiga lagi lokasi esok dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga murah.

Program yang bermula dari jam 10 pagi itu diadakan di Dataran Niaga Siantan, Selayang Mutiara, Sungai Tua; Lorong Serampang 1, Jalan Telok Pulai, Bandar Baru Klang dan Pusat Pembelian Padi Dwi Jutamas Sdn Bhd, Sekinchan.

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :