Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kids Campus, Rijalul Fauzi Mustapa ketika menandatangi MoU kerjasama di Kampus Bestari Jaya pada 30 Ogos 2023. Foto Facebook Unisel
AGENSISELANGOR

Unisel, Kids Campus bekerjasama bangun kerjaya pendidikan awal kanak-kanak

SHAH ALAM, 1 SEPT: Universiti Selangor (Unisel) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kids Campus Sdn Bhd bagi membangunkan lagi kerjaya pendidikan awal kanak-kanak.

Pengarah komunikasi korporatnya berkata kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak saling membantu dan menyokong, terutamanya dalam penyediaan penempatan praktikum kepada pelajar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.

“Unisel juga akan memberi kerjasama dalam menjalani kajian dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran yang berkaitan.

“Malah Kids Campus juga akan memberi keutamaan kepada Unisel dalam penganjuran aktiviti, seminar mahupun kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

MoU itu ditandatangani Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kids Campus, Rijalul Fauzi Mustapa di Kampus Bestari Jaya.

Kids Campus Sdn Bhd berpengalaman lebih 38 tahun dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Ia merupakan tadika yang memberi fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak.


Pengarang :