Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhammad (empat, kanan) dan Kepala PERPUSNAS Muhammad Syarif Bando (tiga, kiri) menunjukkan perjanjian persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) ketika Sesi Lawatan Dato’ Menteri Besar ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta pada 26 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Usaha meremajakan perpustakaan tarik minat semua kelompok

JAKARTA, 26 SEPT: Usaha meremajakan perkhidmatan perpustakaan negeri sejak 2010 menjadikan peranannya kekal relevan kepada semua lapisan kelompok, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Seksyen 13, Shah Alam mengamit ramai pengunjung meskipun keberkesanan pendekatan itu agak mengambil masa.

Merujuk penyediaan pelbagai inisiatif antaranya studio, ruang makan minum dan anak kecil beriadah, beliau menjelaskan kemudahan tersebut menggalakkan golongan berkenaan untuk ke perpustakaan.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sesi Lawatan Dato’ Menteri Besar ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta pada 26 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita melakukan perubahan dengan membuat konsep peremajaan. Kita menjadikan perpustakaan ini tempat untuk semua kelompok. Ibu boleh bawa anak-anak dan ia sesuai untuk semua golongan.

“Ia membuah hasil dan memberi dampak besar, malah kita terus berusaha untuk memberi nilai tambah dalam bentuk lain lagi,” katanya di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cenderamata kepada Kepala Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) Muhammad Syarif Bando selepas Sesi Lawatan Dato’ Menteri Besar ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta pada 26 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Dalam lawatannya ke Perpustakaan Nasional (Perpusnas) Republik Indonesia itu, beliau turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara PPAS dan Perpusnas.

Hadir sama, Kepala Perpusnas Drs Muhammad Syarif Bando, Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) Noor Amin Ahmad, EXCO negeri Najwan Halimi dan Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhammad.

Esok, Amirudin dijadual hadir dalam pelancaran buku dan perasmian Pavilion Malaysia selain sesi wawancara dalam Pesta Buku Antarabangsa Indonesia yang berlangsung sehingga 1 Oktober.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Belia Sukan dan Keusahawan Najwan Halimi ketika Sesi Lawatan Dato’ Menteri Besar ke Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dan Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta pada 26 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :