AGENDANASIONAL

Van bawa sembilan pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau

BALIK PULAU, 24 SEPT: Sebuah van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura terbabas sebelum terjatuh ke cerun bukit berkedalaman lebih enam meter di sini malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataan awal memaklumkan telah menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 8.14 malam.

“Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dengan dibantu oleh beberapa Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.

“Maklumat akan dikemas kini,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :