Kabakaran tiga rumah di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pada 29 September 2023. Foto Facebook Info Kemalangan Jalan Raya & Isu Semasa
AGENDANASIONAL

Wanita hilang dalam kebakaran tiga rumah di Pulau Ketam

SHAH ALAM, 29 SEPT: Seorang penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam, dekat sini dipercayai hilang dalam kebakaran tiga rumah di kawasan terbabit yang dipercayai bermula tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mangsa merupakan wanita berusia 49 tahun itu dipercayai berada di dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

“Bomba masih giat menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa. Sehingga kini, wanita itu belum lagi dijumpai di lokasi kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari sebelum tiba lima minit kemudian.

Md Razali berkata kira-kira tiga rumah musnah 90 peratus dan kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Andalas dan Pasukan Bomba Sukarelawan Pulau Ketam.

-BERNAMA


Pengarang :