Tetamu jemputan yang menyertai program Bicara Ilmuwan dan Shah Alam Berselawat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 14 Oktober 2023. Foto MBSA
PBTSELANGOR

3,000 meriahkan program bicara ilmuwan, Shah Alam berselawat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 OKT: Seramai 3,000 individu menyertai program Bicara Ilmuwan dan Shah Alam Berselawat di Dataran Kemerdekaan MBSA di sini Sabtu lalu.

Program sempena sambutan ulang tahun ke-23 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir munajat, alunan selawat dan qasidah.

Majlis disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman. Turut hadir Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, Ahli Majlis MBSA, wakil majlis jawatankuasa penduduk dan pelajar tahfiz.

Orang ramai berselawat dan berzikir munajat pada program Bicara Ilmuwan dan Shah Alam Berselawat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 14 Oktober 2023. Foto MBSA

MBSA menerusi kenyataan memaklumkan program bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan pembangunan modal insan untuk generasi akan datang.

“Program ini merupakan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan warga Shah Alam disamping memupuk budaya cintakan ilmu.

“Ia juga merupakan inisiatif MBSA untuk bersama memastikan warga Shah Alam mencintai majlis ilmu dan melahirkan masyarakat yang harmoni,” katanya.


Pengarang :