EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bersama Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei dan Ahli Penasihat Kesihatan Awam Negeri Dr Mohammad Farhan Rusli di Karnival Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) di Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga, Klang pada 14 Oktober 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Bandar Baru Klang tumpu infrastruktur, kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 19 OKT: Infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat antara tumpuan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei.

Pengalaman sebagai ahli majlis Klang sebelum ini katanya adalah kelebihan untuk beliau mendalami dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Ketika kempen pilihan raya lalu antara isu yang kerap diluahkan penduduk adalah infrastruktur setempat baik di kawasan awam mahupun di sekolah sekitar Bandar Baru Klang.

“Buat masa ini kita sudah bekerjasama dengan MPK untuk menaik taraf longkang di beberapa kawasan banjir selain jalan berlubang di Kapar juga turut dibaiki,” katanya kepada Selangorkini.

ADN Bandar Baru Klang, Dr Quah Perng Fei (tengah) beramah mesra bersama orang ramai yang hadir pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bandar Baru Klang yang diadakan di Dataran Kiosk Masjid Sirajuddin Al-Annuar, Kampung Batu Belah pada 03 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Berkongsi persiapan menghadapi musim tengkujuh, Dr Quah menjelaskan jenteranya sentiasa bersedia malah pusat pemindahan sementara (PPS) juga sudah dikenal pasti.

“Kita sudah mengenal pasti PPS untuk menempatkan mangsa banjir sekiranya berlaku bencana bah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Selain itu, Dr Quah berkata pihaknya kerap menganjurkan program saringan kesihatan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat pentingnya pencegahan.


Pengarang :