Wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid ketika meninjau progran Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Meru pada 31 Oktober 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Meru seru wanita bekerja, miliki anak kecil mohon insentif MamaKerja RM1,000

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 31 OKTOBER: Wanita bekerja dan mempunyai anak kecil digalak memohon insentif MamaKerja yang dibuka bermula esok, kata wakil rakyat Meru,

Mariam Abdul Rashid berkata program yang menawarkan bantuan wang tunai RM1,000 itu antara usaha Kerajaan Selangor untuk meringankan kos penjagaan anak untuk wanita bekerja

“Golongan sasar perlu merebut peluang yang ditawarkan bagi meringankan kos penjagaan anak kecil. Saya sarankan semua golongan ibu yang bekerja memohon skim ini.

“Insya-Allah jika menepati syarat ditetapkan, mereka akan menerima wang tunai RM1,000. Saya difahamkan program ini ada kuota ditetapkan, tetapi golongan ibu bekerja boleh cuba memohon,” katanya kepada Selangorkini.

Insentif MamaKerja boleh dimohon melalui https://mamakerja.selangkah.my/. Pertanyaan lanjut boleh diajukan di talian Selcare 1-800-22-6600.

Pada 26 Oktober, EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari melancarkan insentif yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita bekerja di seluruh negeri dengan peruntukan RM5 juta.

Manfaat tersebut akan diberikan kepada wanita bekerja yang mempunyai tiga anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

Penerima insentif MamaKerja akan menerima RM1,000 dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap dibuat

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

 


Pengarang :