AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM,  9 OKT:  Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan seluruh kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama diramal melanda Putrajaya serta beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :