Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat khas PM bersama penjawat awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam pada 12 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPENDAPATRENCANA

Belanjawan 2024: Manfaat untuk rakyat

Belanjawan 2024 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober, dapat memacu usaha memulih keadaan semasa, rentetan cabaran dan kesan ekonomi global.

Bertema Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat, antara tumpuan rang undang-undang perbekalan itu meningkatkan taraf hidup kumpulan rentan seperti pesawah, peniaga kecil dan golongan pendapatan rendah (B40).

Wartawan NADIAH ZAMLUS menyusun intisari manfaat yang diperoleh golongan sasar dalam belanjawan persekutuan kali ini. Ia termasuk insentif, geran, rebat dan pengecualian cukai.

KELUARGA B40

  • rebat elektrik RM40 sebulan
  • pengecualian deposit akaun bil nama sendiri
  • Jualan Rahmah diperluas ke lebih banyak DUN seluruh negara
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat ke RM3,700
  • meluas Sumbangan Asas Rahmah kepada 700,000 penerima STR yang terima RM100 sebulan
  • RM500 juta tingkat penyertaan rakyat miskin tegar ikuti program Inisiatif Pendapatan Rakyat bagi tambah pendapatan
  • 100,000 topi keledar percuma termasuk untuk kanak-kanak keluarga kurang mampu
  • bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid tahun satu sehingga tingkatan tiga

PENJAWAT AWAM

  • RM2.4 bilion bina, senggara dan baiki kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba
  • insentif RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • RM1,000 kepada jawatan utama sektor awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan anggota beruniform
  • bayaran pada akhir Februari 2024

 

Penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Penjawat Awam Cuepacs Negeri Terengganu 2023 di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 16 Ogos 2023. Foto BERNAMA

WANITA DAN PERUBATAN

  • RM720 juta galak wanita ceburi perniagaan
  • RM40 juta laksana Program Shop Malaysia Online galak berniaga dari rumah
  • RM25 juta perkasa peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN untuk galakkan peniaga kecil berniaga dari rumah
  • had caruman i-Suri KWSP naik ke RM300 setahun, terhad RM3,000
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah diteruskan, manfaat lebih 400,000 wanita
  • Program i-Sayang KWSP untuk isteri pindah dua peratus caruman syer pekerja kepada suami
  • perluas skim Perubatan MADANI dan manfaatkan 700,000 rakyat

USAHAWAN MIKRO DAN PENIAGA KECIL

  • RM1.4 bilion pinjaman mikro BSN untuk penjaja dan pengusaha kecil
  • RM330 juta pinjaman Tekun biaya peniaga kecil
  • RM100 juta geran pendigitalan untuk lebih 20,000 usahawan kecil sederhana
  • RM900 juta dana pinjaman BNM tingkat niaga melalui automasi dan pendigitalan
  • pengecualian sewa kios enam bulan pertama untuk rakyat berniaga

PELAJAR

  • yuran daftar masuk universiti awam tidak lebih RM1,500
  • pelajar tidak mampu bayar yuran pengajian tidak disekat daftar subjek setiap semester
  • subsidi tiket penerbangan untuk 60,000 pelajar keluarga kurang mampu
  • diskaun bayaran pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
  • RM100 juta sedia pensijilan profesional diiktiraf industri kepada graduan teknikal dan vokasional (TVET)
  • RM20 juta untuk pelatih bidang maritim, kesenian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dan penyelenggaraan sektor aeroangkasa
  • RM17 juta laksana Program Tahfiz TVET
  • RM20 juta laksana program Pra-Tahfiz Kemas untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026

PENGGIAT SENI

  • Pengecualian duti hiburan persembahan pentas artis tempatan
  • Pengurangan 10 peratus duti hiburan persembahan pentas artis antarabangsa dan acara hiburan
  • RM50 juta kepada agensi berpotensi untuk pergiat seni dan sastera, teater warisan serta pupuk minat baca karya agung
  • RM60 juta Dana Kandungan Digital promosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteras nilai kenegaraan
  • RM90 juta inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) untuk galak hasilkan filem taraf antarabangsa
  • RM10 juta Skim Dana Padanan MyCreative sokong anak seni hasil projek kreatif

 

Pengunjung menyaksikan demonstrasi lukisan batik pada Program Musing Ketang di Kampung Budaya Terengganu pada 19 September 2023. Foto BERNAMA

BELIA

  • tingkat kadar minimum STR belia kepada RM500
  • teruskan tanggungan bayaran lesen motosikal kelas B2, e-panggilan dan teksi untuk lebih 40,000 belia keluarga kurang mampu
  • ganjaran RM500 untuk belia jadi sukarelawan badan diiktiraf kerajaan

PENGANGGUR DAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

  • RM35 juta biaya latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja ekonomi sampingan
  • 50,000 peluang kerja bawah MyFutureJobs secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2024
  • naik elaun pelatih OKU Program Pemulihan Dalam Komuniti RM300 sebulan

PESAWAH DAN NELAYAN

  • tingkat harga lantai belian padi RM1,300 per metrik tan
  • elaun sara hidup nelayan RM300 dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan RM1,000 sebulan
  • RM10 juta bina baharu dan baik pulih rumah nelayan uzur
  • RM50 juta bekal baja bio dan organik untuk 50,000 pesawah
  • RM50 juta Tabung Bencana Pertanian untuk pampasan sehingga 50 peratus nilai kerugian akibat bencana
  • RM50 juta dana Skim Takaful Tanaman Padi untuk lebih 240,000 pesawah
  • RM10 juta bantu rakyat terjejas akibat serangan hidupan liar

MANGSA PENIPUAN / PENGHUTANG

  • tambahan RM10 juta bela mangsa penipuan kerja dan kes kebajikan lain di luar negara
  • Dasar Peluang Kedua bebas muflis golongan usia 40 tahun ke bawah berhutang tidak lebih RM200,000

PESARA DAN PENTADBIR MASJID

  • tingkat had caruman i-Saraan KWSP RM500 setahun, terhad RM5,000 seumur hidup
  • bayar insentif RM1,000 kepada pesara pada Februari 2024
  • sumbangan khas RM700 untuk lebih 70,000 guru takmir, Kafa, imam, bilal, siak, noja dan marbut

PENGGIAT SUKAN

  • Pelepasan cukai beli peralatan dan aktiviti sukan sehingga RM1,000. Ia meliputi yuran latihan sukan
  • RM20 juta inisiatif Road to Gold sebagai motivasi raih emas Olimpik pertama pada temasya di Paris 2024
  • RM50 juta galak anjur sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta

PENGGUNA PENGANGKUTAN

  • menerus pas bulanan My50 kepada lebih 180,000 penduduk Lembah Klang
  • rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah yang beli motosikal elektrik

KEMUDAHAN AWAM

  • RM150 juta senggara dan baiki tandas awam di 150 PBT seluruh negara
  • tindakan 24 jam aduan baiki lubang jalan persekutuan
  • 150 bas elektrik dan bina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta menyokong keperluan projek LRT3

PELANCONGAN DAN WARISAN

  • RM20 juta pulihara Tasik Timah Tasoh Perlis, Kenong Rimba Park Pahang dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan
  • RM80 juta pulihara bangunan dan tapak warisan berpotensi diiktiraf UNESCO antaranya di Gua Niah Sarawak, Lembah Bujang Kedah dan Royal Belum Perak
  • RM20 juta pulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya
  • RM47 juta tambah baik kemudahan Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan kepada 1,300 meter

Pengarang :