Orang ramai mencanting Batik Selangor pada program Kenduri dan Rewang Sekampung DUN Tanjung Sepat pada 2 Julai 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Belanjawan Selangor 2024: Tumpu pembangunan terancang di desa, luar bandar

SHAH ALAM, 25 OKT: Penambahbaikan infrastruktur di kawasan luar bandar antara yang perlu diberi tumpuan untuk memastikan penduduk negeri ini menjalani kehidupan lebih selesa.

Berikutan itu, EXCO pembangunan desa dan luar bandar berharap portfolio disandangnya menerima peruntukan tinggi dalam Belanjawan Selangor 2024 bagi melaksanakan usaha berkenaan.

“Fokus tahun depan mahu pembangunan yang lebih terancang di desa dan luar bandar. Kita hendak baiki balai raya dan tambah lampu jalan untuk kehidupan yang lebih selesa.

“Walaupun kita bangunkan kawasan luar bandar, namun akan dipastikan kemajuan tidak menghakis nilai tradisi kawasan itu terutama kawasan kampung,” kata Datuk Rizam Ismail ketika dihubungi.

Sebelum ini, speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) mengesahkan pembentangan belanjawan negeri oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadualkan pada 10 November.

Lau Weng San berkata pembentangan dibuat bersekali dengan sidang DNS selama dua minggu.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.

 


Pengarang :