EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kanan) membuat lawatan ke reruai pameran model rumah contoh PKNS selepas merasmikan pelancaran program Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Beli rumah PKNS dapat diskaun perkakas Samsung hingga 46 peratus

SHAH ALAM, 28 OKT: Pembeli hartanah bawah projek pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berpeluang menikmati diskaun hingga 46 peratus bagi produk perkakas rumah jenama Samsung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata tawaran diskaun eksklusif itu bermula sejak 1 Oktober sebagai tanda penghargaan buat pembeli yang menyokong projek pembangunan PKNS.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas berucap ketika majlispelancaran program Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

”Para pembeli bukan sahaja bakal memiliki rumah sendiri tetapi juga berpeluang menggunakan produk Samsung yang telah terbukti mempunyai kualiti terbaik.

“Tawaran ini membantu mereka menyediakan kelengkapan seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh yang memberi nilai tambah dan menjimatkan kerana bila masuk kediaman baharu banyak menggunakan wang,” katanya.

Beliau ditemui selepas pelancaran program Discover PKNS 2023 di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Pembeli rumah PKNS boleh melayari laman sesawang www.pknshomebuyers.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon melihat contoh ruang dapur rumah PKNS ketika program Home Buyer di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 26 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :