Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Abd Kadir Rais (tengah) melakukan gimik perasmian pada Majlis Penyerahan Kuarters Fasa Pertama di Desa Bonggor, Penjara Sungai Buloh pada 5 September 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dana RM2.4 bilion untuk bina, baik pulih kuarters penjawat awam

SHAH ALAM, 13 OKT: Sejumlah RM2.4 bilion diperuntuk bagi membina dan membaik pulih kuarters penjawat awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah turut meliputi proses menyelenggara kediaman guru, polis, tentera dan bomba selain hospital.

“Dalam menggerakkan agenda reformasi, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah dan klinik daif,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 hari ini.

BERITA MENYUSUL…


Pengarang :