Guru Orang Asli suku kaum Temiar Norazsikin Azmi, 28, memperkenalkan abjad kepada sebahagian murid Orang Asli di Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob dekat Kampung Gob di Gua Musang pada 22 Jun 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dana RM333 juta penuhi keperluan, kebajikan Orang Asli

SHAH ALAM, 13 OKT: Keperluan dan kebajikan komuniti Orang Asli terus diberi perhatian apabila kerajaan memperuntuk sejumlah RM333 juta untuk golongan berkenaan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, RM28 juta diguna untuk mempergiatkan program pembangunan usahawan serta penanaman semula ladang Orang Asli di Hulu Langat serta Batang Padang, Perak.

“Peruntukan juga mencakupi pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024.


Pengarang :