Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Sungai Tua agih 400 baucar Jom Shopping sempena Deepavali

GOMBAK, 30 OKT: Sebanyak 400 baucar Jom Shopping bernilai RM200 diagih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini, sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Komuniti India Batu Caves berkata kenaikan nilai baucar berbanding RM100 sebelum ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masyarakat India.

“Tahun ini kita merasa kenaikan baucar kepada RM200 berbanding hanya RM100 sebelum ini. Ini bukti kerajaan Selangor prihatin kepada nasib rakyat tanpa mengira kaum.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pda program penyerahan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Masyarakat India terhutang budi dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan kami harap program ini dapat diteruskan setiap tahun,” kata B Viskineswaran kepada Selangorkini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan majlis agihan baucar Jom Shopping sempena perayaan Deepavali di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru di sini semalam.

Bermula tahun ini, Kerajaan Negeri menaikkan nilai baucar Jom Shopping kepada RM200 berbanding hanya RM100 sebelum ini berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Sementara itu, pekerja swasta, K Prema, 46, berkata ini tahun kelima beliau terpilih sebagai penerima baucar beli-belah sempena perayaan itu.

K Prema, 46, pekerja swasta ditemui pada program penyerahan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Ini sudah lima kali saya terima. Saya akan gunakan baucar ini beli barang keperluan terutamanya barang makanan untuk keluarga bagi menyambut Deepavali tidak lama lagi,” katanya.

Pengawal keselamatan, V Navaithan, 34, bersyukur kerana dapat berjimat dan menyimpan sedikit wang perbelanjaan menerusi pemberian baucar Jom Shopping.

“Baucar ini saya akan manfaatkan untuk membeli barangan keperluan harian serta sambutan Deepavali,” katanya.

V Navaithan, 34, pengawal keselamatan ditemui pada program penyerahan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Baucar Jom Shopping diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :