Mohd Fadil Abd Fatah memeriksa buah melon di Tapak MeloSel Jalan Angkasa Tebuk Pulai Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Selangor bakal perluas tanaman melon, ternakan udang kara

SHAH ALAM, 31 OKT: Kerajaan Negeri merancang untuk memperluas tanaman melon dan ternakan udang kara pada tahun hadapan susulan maklum balas positif daripada pelanggan.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata usaha itu juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran sekali gus menambah pendapatan usahawan.

“Di peringkat negeri sudah buat ujian dan ternyata perniagaan melon dan udang kata berpotensi diperluas ke peringkat lebih tinggi.

“Bukan itu sahaja, salah satu daripada benih melon yang dilancar juga mendapat permintaan tinggi iaitu antara RM15 hingga RM25 untuk sekilo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Agro Selangor 2022 di Dewan Orkid Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semalam.

Tahun lalu, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan benih tanaman di Selangor Fruit Valley (SFV).

Tanaman tersebut meliputi dua jenis melon (rangup dan manis), dua jenis jagung (bijirin dan manis) serta betik yang dihasilkan oleh syarikat Green World Genetics Sdn Bhd.

Baginda turut berkenan memilih beberapa cadangan nama seperti Melon Selangor atau Melo Sel untuk jenis rangup manakala jenis manis dinamakan sebagai Selangor Sweet Melon.


Pengarang :