Ketua Operasi Air Selangor Ir Abas Abdullah (tiga, kanan) memberi taklimat kepada media ketika sesi lawatan di LRA Semenyih 2 Dengkil, Sepang pada 18 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Simpan air ketika LRA Sungai Langat diselenggara, bekalan pulih 12 Oktober

SHAH ALAM, 5 OKT: Penduduk yang terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 10 Oktober ini diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.

EXCO infrastruktur berkata gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi berikutan LRA Sungai Langat ditutup untuk kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

“Mohon penduduk yang terjejas buat persediaan awal. Simpan air secukupnya,” kata Ir Izham Hashim menerusi Facebook.

Beliau berkata orang ramai boleh merujuk senarai kawasan terjejas di https://www.facebook.com/100064719546732/posts/728658429301469/?mibextid=cr9u03

Baru-baru ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Agensi itu memaklumkan kerja itu dijangka siap pada 7 malam hari sama dengan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 12 Oktober (Khamis).

Jelasnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor turut memaklumkan lori tangki air ke kawasan terjejas akan digerakkan dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Berikut adalah kawasan terlibat ketika kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset LRA Sungai Langat:

 

 


Pengarang :