Kelihatan bendera pelbagai parti dipasang di persimpangan Jalan Gedung Lalang, Ampangan ketika tinjauan kempen pilihan raya umum ke-15 di Seremban pada 13 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Firma penyelidik: Situasi terburuk BN menang tipis, mampu raih 64 peratus undi

SHAH ALAM, 6 OKT: Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) meramalkan Barisan Nasional (BN) mampu menewaskan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai esok.

Institut itu dalam kenyataan berkata unjuran terbaik bagi BN adalah mengatasi PN dengan kelebihan 33 peratus undi dengan jangkaan BN mendapat 64 peratus undi dan PN mendapat 31 peratus undi.

“Unjuran terendah ialah BN memperolehi 10 peratus perbezaan undi dengan PN disebabkan faktor peratusan turun mengundi dan peralihan undi PN kepada BN.

“Namun, dalam senario ini BN masih boleh menang tipis mengatasi PN,” menurut IDE.

Sementara itu, tinjauan masyarakat yang dilakukan IDE mendapati, pengundi masih mengharapkan perubahan terhadap isu ekonomi, harga barang dan keperluan hidup bagi isu nasional.

“Isu tempatan pula masyarakat mahukan penambahbaikan terhadap lampu jalan, jalan dan kemudahan asas yang boleh dijanjikan oleh BN sebagai kerajaan memerintah negeri dan Persekutuan,” kata IDE.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

PRK diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.


Pengarang :