Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hari pertama sidang niaga catat transaksi nilai pelaburan lebih RM1.2 bilion

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Lebih RM1.2 bilion transaksi nilai pelaburan direkodkan pada hari pertama penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)  2023 hari ini.

Justeru Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi keyakinan penuh program kendalian Invest Selangor Berhad mampu mencapai sasaran sebanyak RM1.5 bilion dalam tempoh dua hari.

“Menerusi beberapa pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pagi tadi antara pihak, kita telah capai lebih RM1.2 bilion komitmen perniagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya yakin dalam tempoh dua hari (sehingga esok), angka sasaran dapat dicapai sepenuhnya. Bermula dari satu ekspo, program terus berkembang serta mendapat sambutan,” katanya selepas melawat reruai SIBS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Terdahulu Amirudin menyaksikan pemeteraian MoU beberapa agensi termasuk Dato’ Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor serta syarikat swasta antaranya Knight Frank Malaysia, Ten Power Malaysia Sdn Bhd dan Lion Group.

Sementara itu Amirudin berkata Kerajaan Negeri membina satu pusat konvensyen berskala besar di Sepang bagi memudahkan penganjuran acara bertaraf global.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pembinaan itu susulan ketiadaan lokasi penganjuran yang luas hingga menyebabkan beberapa acara negeri termasuk SIBS ini terpaksa menghadkan jumlah penyertaan.

“Kita nak buat besar (SIBS) sebab memang ada permintaan cuma isunya tempat yang luas. Ini (KLCC) paling besar di Malaysia dan kita sewa keseluruhan ruang.

“Perancangan modal perniagaan, kita bina pusat konvensyen lebih besar supaya boleh anjur dan tawar acara bertaraf antarabangsa,” katanya.


Pengarang :