Orang ramai membeli barangan pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Taman Changgang Jaya, Kuala Langat pada 18 September 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ijok, Kota Kemuning, Morib tiga lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 15 OKT: Pelbagai barangan keperluan asas pada harga murah boleh diperolehi melalui program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok.

Program itu diadakan di perkarangan Masjid Kampung Jaya Setia, Ijok; Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A, Jalan Sungai Gapis, Kota Kemuning dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang, Morib.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan program itu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :