SHAH ALAM, 23 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Program berlangsung di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (Sabak), pekarangan Restoran Hujung Tanjung (Semenyih) dan Kompleks 3K SS13 (Subang Jaya).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.
Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.